Saiz Teks    Warna Teks    Mendengar Teks 
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
Carian


MAKLUMAT CUKAI PINTU / CUKAI TAKSIRAN MAJLIS DAERAH KUALA KRAI

  1. Dari mana kuasa mengutip cukai pintu / cukai taksiran oleh Majlis Daerah Kuala Krai yang dikenakan kepada harta tanah anda?
    Kuasa mengutip cukai pintu di peruntukan didalam bahagian XV Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) yang di luluskan oleh Parliman / Kerajaan Persekutuan pada tahun 1976.
     
  2. Apakah jenis harta yang boleh dikenakan cukai pintu / cukai taksiran?
    Harta tanah yang boleh dikenakan cukai pintu / cukai taksiran ialah:-
    1- Bangunan kediaman
    2- Bangunan perniagaan dan perindustrian
    3- Bangunan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, Badan berkanun Dan syarikat GLC seperti TNB, Telekom dan lain-lain.
     
  3. Bilakah pembayaran cukai pintu perlu di buat?
    Pada 2 tarikh dalam setahun
    1) 1 Januari - 28 februari setiap tahun - untuk 1/2 tahun pertama
    2) 1 Julai - 31 ogos setiap tahun - untuk 1/2 tahun kedua
     
  4. Apa kesan bila tidak bayar cukai pintu?
    Kesannya ialah harta tanah terlibat ada tunggakan cukai pintu.Bila tunggakan cukai pintu berkenaan tidak di bayar maka Majlis boleh mengutip tunggakan cukai pintu berkenaan melalui PENYITAAN
    harta alih yang berada dalam harta tanah tersebut sebagaimana peruntukan Akta 171.

  5. Apa yang perlu di buat bila anda hendak membeli bangunan kediaman / kedai / industri?
    Semak dulu dengan MDKK nama pemilik dan tunggakan cukai pintunya.
     
  6. Setelah beli rumah berkenaan,apa yang anda perlu buat?
    - Datang ke Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) dan isi borang I/J untuk pindah milik nama dalam nama senarai nilaian daripada pemilik asal (penjual) kepada pemilik baru (pembeli)
    - Kegagalan berbuat demikian ,boleh dikenakan denda RM 2,000.00 @ 6 bulan penjara @ kedua - dua sekali.
     
  7. Apa yang perlu di buat oleh seseorang penyewa yang menduduki bangunan yang ada tunggakan cukai pintu?
    - Penyewa berkenaan perlu berunding dengan pemilik dan penyewa boleh membayar cukai pintu berkenaan dan menolak bayaran tersebut daripada bayaran sewaan.
     
  8. Apakah kelebihan membayar cukai pintu yang dikutip dibelanjakan?
    - Anda membantu meningkatkan keberkesanan perancangan dan pengurusan perkhidmatan perbandaran dan pembangunan Majlis Daerah Kuala Krai.

  9. Kemanakah hasil cukai pintu yang dikutip dibelanjakan?
    -Hasil cukai pintu yang dikutip dipulangkan balik kepada warga Majlis Daerah Kuala Krai dalam bentuk:-
    a)Penjagaan kebersihan Bandar Kuala Krai
    b)Pembelanjaan kutipan sampah
    c)Pembinaan parit dan longkang
    d)Penyediaan dan penyelenggaraan tempat awam seperti pasar, taman permainan kanak-kanak, lampu jalan dan lain-lain kemudahan awam.

  10. Apakah anda masih musykil?
    Sila hubungi Unit Penilaian dan Pengurusan Harta MDKK kerana kami sentiasa bersedia membantu anda !!!