<< Kembali
Majlis Daerah Kuala Krai dengan kerjasama jabatan kerajaan dalam jajahan Kuala Krai serta NGO akan mengadakan Gotong Royong Perdana di Kawasan Jalan Halimah hingga ke Guchil 4 pada 13 Jamadil Akhir 1431H/ 27 Mei 2010 bermula jam 8.30 pagi. Perasmian Gerakkerja gotong royong tersebut akan dirasmikan oleh YABrs Yang DiPertua MDKK di Padang MDKK Guchil. Sempena gotong royong tersebut satu pertandingan rumah ceria akan diadakan bagi kawasan yang terlibat. SEMUA PENDUDUK GUCHIL DIJEMPUT BERSAMA DALAM GOTONG ROYONG PERDANA TERSEBUT”.