| Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman | |||||||
|
<< Kembali Isnin 2 Februari 2009 Operasi Tangkap Lembu bila-bila masa Kuala Krai – Operasi menangkap haiwan ternakan berkeliaran di tepi-tepi jalan utama sekitar daerah ini akan dijalankan oleh Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) pada bila-bila masa. Yang Dipertua MDKK, Adnan Hussin berkata, operasi bermula sebaik saja undang-undang kecil berkaitan haiwan ternakan berkeliaran yang akan dikuatkuasakan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu mulai tahun ini, dilaksanakan dalam masa terdekat. Justeru, katanya, pemilik haiwan ternakan terbabit diminta supaya memastikan binatang peliharaan mereka tidak lagi berkeliaran bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan di bawah peruntukan undang-undang kecil itu. “Pemilik diminta pastikan binatang peliharaan mereka seperti lembu dan kambing dikurung atau diikat kerana kita (MDKK) akan lancarkan operasi menangkap haiwan ternakan berkeliaran ini pada bila-bila masa,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pejabatnya, dekat sini, semalam.Adnan yang juga Ketua Jajahan Kuala Krai berkata, maklumat diterima pihaknya menunjukkan langkah MDKK menguatkuasakan undang-undang kecil itu mendapat maklum balas positif daripada masyarakat. MDKK baru-baru ini mengumumkan akan menguatkuasakan undang-undang kecil bagi mengatasi masalah haiwan ternakan berkeliaran terutama berhampiran jalan utama sekitar daerah ini.Setiausaha MDKK, Shamsul Abu Bakar ketika mengumumkan perkara itu berkata, tindakan tegas terpaksa diambil kerana masalah haiwan berkeliaran menyebabkan banyak kemalangan berlaku sehingga membabitkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda. Menurutnya, haiwan ternakan berkeliaran juga menimbulkan masalah kebersihan di samping memberi imej buruk tentang daerah ini terutama kepada masyarakat luar.Pemilik melakukakan kesalahan di bawah peruntukan undang-undang kecil itu berdepan hukuman denda antara RM 50 hingga RM 250 seekor atau haiwan ternakan mereka dilelong jika gagal membayar denda. |
|||||||||||