|
|
|
|
|
|
MD KUALA KRAI
|
|
|
|
|
|
|
Unit Letak Kereta Latar Belakang Unit Ini Telah Ditubuhkan Dengan Rasminya Pada Tahun 1997. Bertanggungjawab Mengurus Dan Mengawal Selia Sistem Lalu Lintas Dalam Kawasan Majlis Dan Bandar Kuala Krai Khususnya Supaya Lebih Bersistematik Dan Selamat.
Majlis Pada Dasarnya, Telah Bersetuju Untuk Melaksanakan Perkhidmatan Tempat Letak Kereta ( Tlk ) Bertiket Pada Tahun 1990. Walau Bagaimanapun, Undang-Undang Kecil Perintah Kenderaan Motor ( Tempat-Tempat Letak Kereta ) ( Majlis Daerah Kuala Krai ) Hanya Erjaya Digubal Dan Diwartakan Serta Berkuatkuasa Mulai 28 September 1995. Tarikh Pelaksanaan Sepenuhnya Perkhidmatan Tersebut Bermula Pada 22 Julai 1997. Majlis Meluluskan Hanya Satu Tempoh Masa Kawalan / Tempoh Bayaran Sahaja Yang Digunapakai Iaitu Pukul 8.00 Pagi Hingga 6.00 Petang ( Kecuali Hari Jumaat Dan Cuti Umum )
Pada Tahun 2001, Majlis Telah Memperkenalkan Perkhidmatan Tlk Bermeter. Selaras Dengan Itu, Perintah Pengangkutan Jalan ( Letak Kereta Bermeter ) ( Majlis Daerah Kuala Krai ) 2002 Telah Digubal Bagi Menggantikan Undang-Undang Yang Sedia Ada. Sebagai Permulaannya, Sebanyak 250 Unit Meter Tlk Jenis Elektronik Jenama Mackay Mke Ii Telah Dipasang Di Jalan-Jalan Utama Dalam Bandar Kuala Krai. Setelah Beroperasi Selama Lebih Kurang 2 Tahun, Perkhidmatan Tlk Telah Berjaya Meningkatkan Kutipan / Hasil Mdkk. Sekarang Unit Letak Kereta Mempunyai 12 Orang Anggota Dan 608 Unit Meter TLK.
Penambahan Meter-Meter Tlk Ini Telah Dirancang Dengan Teliti Dan Pembeliannya Akan Dibuat Secara Berperingkat-Peringkat Berdasarkan Kemampuan Kewangan Mdkk. Bagi Mencapai Matlamat Dan Fungsinya, Unit Ini Telah Merangka Wacana Pentadbiran Dan Pengurusannya Dengan Menetapkan Visi, Misi Dan Objektif Sendiri.
|