MENU

YDP of Kuala Krai District Council

 

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu sebagai Yang DiPertua Majlis Daerah Kuala Krai, saya amat berbesar hati mengalu-alukan kunjungan anda sekalian ke Portal Rasmi Majlis Daerah Kuala Krai. Sesungguhnya kesudian anda melayari portal ini amat bermakna bagi kami di MDKK dan saya berharap segala maklumat yang disajikan dapat memenuhi keperluan dan kehendak semua. Dan semoga portal ini dapat membantu memberikan informasi yang berkaitan dengan perkhidmatan MDKK khususnya dan Daerah Kuala Krai secara amnya. Adalah diharapkan melalui portal ini, orang ramai akan lebih dekat dan mesra dengan MDKK.

Tidak dinafikan, sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan, MDKK berdepan dengan tanggungjawab yang lebih besar dan peranan Majlis dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat semakin luas dan mencabar. Oleh yang demikian, kerjasama dan komitmen dari semua pihak adalah amat diperlukan. Dan diharapkan portal ini mampu menjadi sebahagian dari medium perantara antara masyarakat dan warga MDKK.

Melalui portal ini kami sajikan anda dengan pelbagai informasi dan paparan mengenai perkhidmatan yang kami sediakan. MDKK juga mengalu-alukan cadangan atau idea dari anda para pengunjung bagi memperkasakan mutu perkhidmatan kami.

Justeru itu saya dengan sukacitanya mempersilakan anda semua melayari portal ini.

Sekian, terima kasih.

HJ TENGKU AZMI B. HJ TENGKU JAAFAR
Yang DiPertua,
Majlis Daerah Kuala Krai