MENU

Laluan alternatif menuju ke Kuala Krai

Sempena cuti Hari Raya Aidilfitri, pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan jalan-jalan alternatif yang terdapat sepanjang perjalanan bagi mengelakkan kesesakan lalulintas. Di bawah disertakan jalan-jalan alternatif dari Gua Musang menuju ke Kuala Krai melalui Kg. Laloh dan Kg. Sungai Peria sehingga ke Guchil.

Anda juga dinasihatkan supaya meancang terlebih dahulu perjalanan dengan baik sebelum memulakannya dan kenalpasti tempat-tempat persinggahan bagi tujuan berhenti rehat. Anda juga perlu memastikan kenderaan dalam keadaan baik dan pastikan minyak kenderan dalam keadaan sentiasa mencukupi dan memulakan perjalanan seawal pagi bagi mengelakkan kesesakan.