MENU

Pasu Mambong

  • Kelantan adalah salah sebuah negeri utama yang menjalankan perusahaan seramik.

  • Kampung Mambong yang terletak diseberang Sungai Galas di daerah Kuala Krai merupakan sebuah perkampungan kecil yang menjalankan perusahaan seramik.

  • Kampung ini yang juga dikenali sebagai tempat “Seramik Mambong” memakan masa selama 45 minit dari tangga krai untuk ke sana dengan menaiki bot serta tambangnya amat berpatutan. Perusahaan yang diasaskan oleh Tuk Bare dan diusahakan oleh Cikgu Li adalah merupakan perusahaan turun temurun.

  • 7 peringkat harus dilalui untuk menghasilkan sebiji seramik.

  • Antara peringkat-peringkat tersebut adalah mesin tanah (tanah sungai),tapis tanah,ikat acuan,tuang acuan,keringkan acuan,clear dan bakar.

  • Jenis-jenis seramik yang telah dihasilkan adalah pasu hiasan,buyung,belanga dan lain-lain lagi.Perusahaan ini telah diubahsuai pada tahun 1990 dan kekal sehingga sekarang.