MENU

Tangga Krai

Lokasi

Terletak di Bandar Kuala Krai di tepi Sungai Kelantan dan bersebelahan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai.

 

Pengangkutan Awam

Pengangkutan awam tidak releven terhadap tarikan ini kerana terletak dalam bandar. Kira-kira 200 m dari stesen bas dan teksi Kuala Krai dan kurang daripada 5 minit berjalan kaki.

 

Tarikan

Dibina sekitar tahun 1927 dan dikenali sebagai “Tangga Bradley” sempena nama ketua jajahan pada ketika itu dan berubah kepada “Tangga Krai” pada tahun 1994.

Berfungsi sebagai pengkalan pengangkutan air menghubungkan Kuala Krai dengan beberapa  perkampungan di hulu dan hilir bandar yang tidak boleh sampai melalui jalan darat. Ianya juga dijadikan tempat menyukat aras air pada musim tengkujuh. Tangga yang mempunyai 81 anak tangga amat berkepentingan  kepada sesetengah petempatan sebagai nadi perhubungan dengan Kuala Krai sehingga hari ini.