MENU

CARA CARA BAYARAN

  • Semua pembayaran hendaklah disertai dengan bil asal.
  • Cek dan Wang Kiriman hendaklah dipalang ( tidak boleh niaga ) dan dibayar atas nama Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Krai, 18000 Kuala Krai, Kelantan.
  • Hanya resit-resit yang rasmi Pejabat Majlis Daerah Kuala Krai, Kelantan sahaja diakui sah.
  • Resit-resit mestilah diperolehi setelah membuat bayaran.

PERINGATAN PENTING

  • Bila Cukai Bandar/Pintu mestilah dibayar secara pendahuluan setengan tahun pertama sebelum 12hb Februari dan setengah tahun kedua sebelum 31 hb. Ogos tiap-tiap tahun. Bil-bil berkenaan akan dihantar kepada pemunya-pemunya harta ke alamat yang tercatat dalam rekod kami pada awal setengah tahun. laitu bulan Januari dan Julai bagi setengah tahun yang berkenaan.
  • Notis tuntutan seperti yang dikehendaki oleh Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976 akan dikeluarkan jika pembayaran tidak dijelaskan pada setengah tahun pertama selepas 28hb. Februari dan padasetengah tahun kedua selepas 31 hb. Ogos tanpa apa-apa amaran lagi dengan bayaran notis seperti berikut:-

BAYARAN NOTIS

Kadar-kadar berikut akan dikenakan :

 

  • Notis RM 3.00
  • Waran 1%
  • Bayaran waran akan dikenakan mengikut kadar-kadar yang dinyatakan atas jumlah yang masih berhutang lima belas (15) hari selepas pengeluaran notis tuntutan Seksyen 148.
  • Seorang tenan boleh melindungi kepunyaan-kepunyaannya sendiri dengan mengemukakan bil ini kepada pemilik untuk bayaran segera. Kegagalan membayar hasil oleh pemilik akan mengakibatkan perampasan kepunyaan-kepunyaan penyewa sendiri.
  • Seorang tenan boleh melindungi lagi kepentingannya sendiri dengan membayar sewanya kepada Majlis sehingga tunggakan dijelaskan: Sebarang sewa yang dijelaskan kepada Majlis oleh tenan boleh dipotong dari bayaran-bayaran sewa selepas sahaja daripada itu dan berikutnya kepada pemilik pegangan itu. Seksyen 151 (b).
  • Pemilik-pemilik adalah diwajibkan memberitahu Jabatan ini di atas penukaran pemilik bagi hartaharta yang termasuk di dalam Majlis Daerah Kuala Krai.
  • Kalau Tuan/Puan tidak menerima bil asal, sila datang ke Pejabat ini untuk mengambil bil salinan sebelum tempoh di atas.