Unit Penilaian & Pengurusan Harta
Objektif
Menilai semua pegangan berkadar dalam kawasan operasi Majlis Daerah Kuala Krai untuk maksud Cukai Taksiran (Pintu) yang diasaskan pada Nilai Tahunan.
Mengurus Premis Majlis Daerah Kuala Krai dalam hal penyewaan, pertukaran penyewaan dan penyelenggaraan mengikut prosedur yang telah ditetapkan
Piagam Pelanggan Bahagian Penilaian
Memberi peluang kepada pembayar cukai membuat bantahan dan rayuan kepada penilaian yang dicadangkan sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 144, Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Menyampaikan bil cukai taksiran kepada pemilik harta membayar tunggakan Cukai Taksiran mengikut tempoh yang ditetapkan.
Setiap pemohon pulangan balik cukai akan diproses dan pemilik harta berkenaan akan dimaklumkan melalui surat dengan segera.
Memberi peluang kepada pelanggan menyemak tunggakan dan nilai cukai taksiran yang dikenakan dalam kawasan yang dikuatkuasakan dapat diselesaikan dalam masa 20 minit.
« Kembali