Unit Undang-undang & Penguatkuasaan
Latar Belakang
Unit Penguatkuasaan Dan Undang-Undang Telah Ditubuhkan Bersama-Sama Dengan Penubuhan Majlis Daerah Kuala Krai Daripada Lembaga Bandaran Dengan Keanggotaan Yang Paling Minima Sesuai Dengan Penguatkuasaan Umum Majlis Pada Masa Itu. Sehingga Hari Ini Tahap Penguatkuasaan Yang Perlu Dilaksanakan Adalah Diperingkat Yang Paling Penting Dalam Perjalanan Majlis. Kesedaran Undang-Undang Perlu Dititik Beratkan Dikalangan Masyarakat. Peningkatan Penguatkuasaan Bererti Meningkatnya Hasil Majlis.
Objektif
Mewujudkan Keadaan Yang Harmonis Dari Segi Sosial, Ekonomi, Fizikal Dan Alam Sekitar Melalui Penguatkuasaan Dan Pengawalan Sebagaimana Diperuntukkan Oleh Undang-Undang.
Misi
Unit Ini Mempunyai Misi Tersendiri Berbanding Dengan Unit-Unit Lain Iaitu Menguatkuasakan Undang-Undang Dan Peraturan Yang Diterimapakai Oleh Majlis Secara Tegas, Berhemah Dan Mesra Supaya Dapat Mencapai Tahap Penguatkuasaan Yang Setanding Dengan Majlis Perbandaran/ Daerah Lain Yang Telah Meningkat Maju.