| Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman | |||||||
|
<< Kembali Sabtu 31 Januari 2009 Kuala Krai – Penduduk beberapa taman perumahan terutama sekitar Bukit Sireh, dekat sini, meminta, pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya mengawal kegiatan menjadikan bangunan dan premis perniagaan sebagai sarang burung layang-layang atau burung walit daripada terus ‘berleluasa’. Menurut mereka, kegiatan itu yang pada mulanya kecil kini bertambah banyak sehingga ada antaranya dibangunkan di kawasan tidak sesuai seperti kedai makan dan tempat tumpuan ramai. Seorang penduduk salah sebuah taman perumahan di Bukit Sireh, Shahruddin Mustapha, 47, berkata, jika tidak dikawal, masyarakat bimbang kawasan perumahan mereka akan ‘diambil alih’ oleh burung walit sehingga menimbulkan rasa kurang selesa dan tidak aman. “Sekarang ini pun sudah susah nak tidur malam sebab bunyi perakam suara burung. Tak tahu apa akan jadi kalau tidak ada kawalan untuk kurangkan penukaran atau pembinaan bangunan berdekatan taman perumahan menjadi sarang burung,” katanya kepada Sinar Harian, dekat sini. Shahruddin berkata, dia dapat menerima hakikat sarang burung di daerah ini bernilai tinggi dan boleh memberikan keuntungan lumayan kepada pengusaha dan PBT tetapi keselesaan orang ramai perlu diberi keutamaan. Menurutnya, tindakan Majlis Daerah Kuala Krai menghalang bangunan berhampiran Taman Guchil Jaya, dekat sini, dijadikan sarang burung seharusnya dipraktikkan di semua taman perumahan di daerah ini. |
|||||||||||