Home split  awam Awam  pelancong Pelancongan  warga Warga 
Photo  Audio  Video  web mobil  twitter  Forum 
  Saiz Teks  Kecilkan Teks Kembali Saiz Teks Ke Asal Besarkan Saiz Teks Warna Kontras  Normal Contrast Medium Contrast Dark Contrast Middle Contrast   Mendengar Teks  Sila pilih teks (highlight) kemudian tekan butang ini
Tukar warna Latabelakang : 
 
 
 
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman

 << Kembali
 
  Isnin 2 Februari 2009
 
 

Operasi Tangkap Lembu bila-bila masa

Kuala Krai – Operasi menangkap haiwan ternakan berkeliaran di tepi-tepi jalan utama sekitar daerah ini akan dijalankan oleh Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) pada bila-bila masa.

Yang Dipertua MDKK, Adnan Hussin berkata, operasi bermula sebaik saja undang-undang kecil berkaitan haiwan ternakan berkeliaran yang akan dikuatkuasakan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu mulai tahun ini, dilaksanakan dalam masa terdekat.

Justeru, katanya, pemilik haiwan ternakan terbabit diminta supaya memastikan binatang peliharaan mereka tidak lagi berkeliaran bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan di bawah peruntukan undang-undang kecil itu.

“Pemilik diminta pastikan binatang peliharaan mereka seperti lembu dan kambing dikurung atau diikat kerana kita (MDKK) akan lancarkan operasi menangkap haiwan ternakan berkeliaran ini pada bila-bila masa,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pejabatnya, dekat sini, semalam.Adnan yang juga Ketua Jajahan Kuala Krai berkata, maklumat diterima pihaknya menunjukkan langkah MDKK menguatkuasakan undang-undang kecil itu mendapat maklum balas positif daripada masyarakat.

MDKK baru-baru ini mengumumkan akan menguatkuasakan undang-undang kecil bagi mengatasi masalah haiwan ternakan berkeliaran terutama berhampiran jalan utama sekitar daerah ini.Setiausaha MDKK, Shamsul Abu Bakar ketika mengumumkan perkara itu berkata, tindakan tegas terpaksa diambil kerana masalah haiwan berkeliaran menyebabkan banyak kemalangan berlaku sehingga membabitkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.

Menurutnya, haiwan ternakan berkeliaran juga menimbulkan masalah kebersihan di samping memberi imej buruk tentang daerah ini terutama kepada masyarakat luar.Pemilik melakukakan kesalahan di bawah peruntukan undang-undang kecil itu berdepan hukuman denda antara RM 50 hingga RM 250 seekor atau haiwan ternakan mereka dilelong jika gagal membayar denda.