Unit Perancangan & Bangunan
Objektif
Menentukan Pembangunan Fizikal Yang Terancang, Bersepadu, Dan Sistematik Ke Arah Memajukan Daerah Kuala Krai Khasnya Dan Negeri Kelantan Umumnya Ke Arah Pembangunan Selaras Dengan Dasar Kerajaan.
Merancang Dan Menentukan Strategi-Strategi Perancangan Melalui Rancangan Struktur Dan Rancangan Tempatan.
Menentukan Penyediaan Infrastruktur Dan Kemudahan Awam Yang Mencukupi Dengan Memperuntukkan Sumber-Sumber Kewangan Yang Mencukupi Ke Arah Kehidupan Rakyat Yang Selesa Lagi Seimbang.
Fungsi Utama Unit
Pengawalan Pembangunan Melalui Penerimaan Dan Pemprosesan Semua Pelan-Pelan Pembangunan Termasuk Pelan Tata Atur, Bangunan, Kerja Tanah, Jalan Dan Perparitan.
Menentukan Perlaksanaan Projek-Projek Pembangunan Mengikut Undang-Undang, Peraturan Dan Dasar Yang Berkaitan.
Melaksanakan Projek-Projek Pembangunan Peruntukan Sendiri, Kerajaan Negeri Dan Kerajaan Persekutuan.
Melaksanakan Projek-Projek Penyelenggaraan Termasuk Pembaikan Sistem Perparitan, Pasar, Gerai, Lampu Awam, Pembelian Kecil Untuk Kerja-Kerja Penyelenggaraan Dan Lain-Lain Kemudahan Awam.
Aktiviti Unit
Memproses Permohonan Pelan-Pelan Bangunan.
Memproses Pengeluaran Sijil Kelayakan Menduduki(Cfo)
Merancang, Mengurus Dan Memantau Projek-Projek Pembangunan Majlis Daerah Kuala Krai.
Menyediakan Kemudahan Rekreasi, Sosial Dan Sosio-Ekonomi.
Menyelanggara Kemudahan Awam Dan Infrastruktur.
Membuat Pembelian Barang-Barang Dan Peralatan Untuk Unit Bagi Kerja-Kerja Penyelanggaraan.
Mengeluarkan Notis
Mengendalikan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan & Perancangan.
Menyiasat Semua Permohonan Pelan Bangunan (Rumah Sesebuah & Tambahan Premis)